Tentang Pudge Network

SIAPA KAMI?

Pudge Network merupakan medium penyiaran maklumat mengenai teknologi yang memfokuskan berita-berita semasa dari dalam serta luar negara yang melibatkan Microsoft, dalam Bahasa Malaysia. Kami tidak berkaitan dengan Microsoft melainkan sebagai sebuah laman komuniti. Ditubuhkan pada April 2015, misi kami adalah untuk menyiarkan berita secara santai tentang Microsoft tanpa sebarang bias, untuk pembacaan pembaca di Malaysia khususnya peminat Microsoft, Windows dan Lumia yang jelasnya kekurangan sumber pembacaan yang berinformasi mengenai Microsoft.

HANTARKAN TIP BERITA KEPADA KAMI

Kami sangat mengalu-ngalukan sebarang tip berita dari anda. Jika anda mengetahui sebarang berita menarik tentang Microsoft yang kami terlepas pandang, Emailkan saja pada kami di tips@pudgenetwork.com dan berikan sedikit penerangan, tajuk dan URL kepada berita tersebut. Pihak kami akan membuat semakan dan kredit di artikel akan diberikan kepada anda!

PERATURAN, POLISI HAKCIPTA DAN PRIVASI

Kami sangat berbesar hati anda memilih untuk melawat laman kami dan mendaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti ini. Namun, seperti setiap komuniti, ada peraturan yang setiap ahli perlu patuhi untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Anda tidak dibenarkan menulis sebarang komen yang menyentuh sensiviti agama, kaum atau sebagainya yang akan mencetuskan perbalahan di antara ahli komuniti. Pastikan juga komen berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Sebarang komen yang melanggari peraturan akan kami ban dengan serta merta. Anda boleh menggunakan kandungan milik kami, tetapi pastikan  dengan sumberkan kepada laman kami. Laman ini tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi kepada pihak ketiga dan juga tidak menyimpan sebarang maklumat tentang anda. Polisi ini boleh berubah tanpa sebarang notis dan dikemaskini pada 9 Mei 2016. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, email kami di tips@pudgenetwork.com