Apakah itu Ransomware dan bagaimana cara menghindarinya.

123

 

 

Ransomware ialah sesuatu malware yang mampu memadam atau menyulitkan data pengguna, ianya adalah satu ancaman kesematan data yang sangat berbahaya, malware jenis ini akan menghalang pengguna untuk mengakses fail tertentu dengan cara menyulitkan fail tersebut dan ada juga yang meminta pengguna membayar dengan jumlah tertentu untuk mengembalikan semula fail asal atau untuk mendapatkan semula akses kepada fail yang telah disulitkan.

Ransomware ini dijangkiti daripada beberapa perkara iaitu :

1- Laman web yang tidak mempunyai ciri keselamatan yang sepatutnya.
2- email-email yang berbentuk spam
3- Jangkitan daripada malware yang lain

Bagaimana ransomware ini bekerja?

1- Masuk ke dalam komputer pengguna melalui jalan-jalan yang dinyatakan di atas tadi.
2- Mengunci skrin komputer pengguna atau mencari fail tertentu dan menyulitkan fail tersebut.
3- Memaparkan nota ransomware

Bagaimana penyulitan fail berfungsi?

1- Setelah berada di dalam sesebuah komputer, crpto ransomware dihubungkan kepada domain yang dijana secara rawak untuk memuat turun kekunci awam.
2- Malware ini akan mencari fail penting seperti .doc .xls .pdf dan lain lain lagi.
3- Malware ini akan mencari satu kekunci bagi setiap fail dan menyulitkannya.
4- Crypto ransomware kemudian menulis kekunci yang disulitkan pada permulaan semua fail.

Bagaimana Ransomware dibayar?

1- Mangsa menerima satu nota tebusan dengan arahan bagaimana untuk membayar melalui Botcoin
2- Mangsa membeli Bitcoin dan memindahkan ke alamat Botcoin penyerang (julat tebusan dari USD24 hingga lebih USD200)
3- Mangsa menghantar ID pemindahan kepada penyerang seagai bukti pembayaran
4- Sebaik sahaja transaksi selesai, penyerang akan menghantar arahan untuk membuka fail yang disulitkan kepada mangsa.

Adakah Ransomware satu ancaman keselamatan?

Ransomware bukan lagi sekadar scareware (sejenis malware yang direka untuk memperdayakan mangsa supaya membeli dan memuat turun perisian yang tidak berguna dan mungkin berbahaya). Sejak pertama kali ditemui, ransomware telah berkembang dari sekadar mengeluarkan ancaman kosong. Ransomware kini dikenali oleh kerana keupayaannya ang canggih dalam menyulitkan fail.

2006 – Satu varian ransomware yang dilihat di Rusia boleh menzipkan fail dan menjadikan fail zip itu terkunci dengan kata laluan dalam system mangsa.

2011 – Satu ancaman ransomware SMS telah muncul, meminta mangsa untuk membuat bayaran dengan mendail nombor SMS premium.

2012 – satu ransomware menular ke seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada yang menyamar sebagai agen polis di tempat mangsa, bukannya meninggalkan nota tebusan yang biasa.

2013 – CryptoLocker, sejenis ransomware baru telah muncul. Malware inimemiliki keupayaan untuk meyulitkan fail selain daripada mengunci system.

2014 – 1,000 daripada 48,000 ransomware yang dikesan telah dikelaskan sebagai crypto ransomware.

Bagaimana untuk melincungi diri anda daripada ancaman ransomware ini?

Satu penawar yang paling mujarab kepada jangkitan ransomware ini belum ditemui. Walaubagaimanapun, anda pasti boleh mengelak dari menjadi mangsanya dengan melakukan amalan-amalan berikut :

1- Kerap melakukan sandaran(backup) – Amalkan peraturan 3-2-1 iaitu tiga Salinan sandaran data pada 2 media berbezadan 1 daripada salinan tersebut di lokasi berasingan yang selamat.

2- Semak sumber email – Periksa senarai penghantar email, jika penghantar ialah seseorang yang anda tidak kenali, jangan membuka atau memuat turun bahan yang dihantar atau jangan keng klik sebarang pautan dari alamat yang tidak dikenali.

3- Tandakan (bookmark) laman web yang sering dilawati, ini mencegak daripada anda tersilap menaip laman web.

4- Kemaskini perisian keselamatan anda – Perisian keselamatan yang sering dikemaskini akan menambah lapiran perlindungan tambahan.

5- Gunakan system operasi terkini – Windows 10 mempunyai system keselamatan terbaik berbanding system operasi Windows lain.

Sumber : Diambil dari majalah PC dengan beberapa suntingan dan penambahan maklumat.

 

 

Pak Lee

Analysis Requires Calm - Uciha Itachi

You may also like...

Leave a Reply