Aplikasi Windows Camera dikemaskini dengan Panorama Mode

Kemas kini 25/8/16: Fungsi panorama ciri tersedia untuk semua peranti Windows 10 Mobile yang telah menerima kemas kini tahunan.

Microsoft hari ini telah mengemaskini aplikasi kamera mereka iaitu Windows Camera kepada versi 2016.715.21.0 dengan penambahan fungsi Panorama Mode, Pengguna hanya perlu switch mode di tombol sebelah kanan (berdekatan dengan tombol Video Mode dan Picture Mode), fungsi yang sangat ditunggu-tunggu setelah Microsoft membuang aplikasi Lumia Panorama mereka.

Panorama

Kini pengguna Windows 10 Mobile boleh mengambil gambar panorama tanpa perlu menggunakan aplikasi asing kerana ianya telaah ditambah di aplikasi Windows Camera. Buat masa ini, hanya pengguna Windows 10 Mobile versi 14393 sahaja yang boleh menggunakan fungsi panorama ini.

Pengguna boleh mendapatkan kemaskini ini di Windows Store, jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah, 😎

Pak Lee

Analysis Requires Calm - Uciha Itachi

You may also like...

Leave a Reply