Cara Mendapatkan Anniversary Update Untuk Peranti Yang Tidak Disokong

 

Salam sejahtera Pudgevenger !

Hari ini pihak kami ingin berkongsi sedikit tutorial untuk mendapatkan kemaskini “Anniversary Update” untuk peranti yang tidak disokong seperti lumia 630, 520 dan sebagainya disebabkan ram yang rendah.

Untuk pengguna yang terkandas pada kemaskini Julai iaitu binaan 10586.494, ikuti langkah ini:

  • Nyah pasang Extras&Info
  • Hidupkan developer mode yang boleh ditemui di bahagian Update
  • Deploy/pasang DHTUpgradeAdvisor terus melalui File Explorer atau Appx Deployer
  • Buka aplikasi DHTUA, tekan backup, pilih jenis sim, dan allow update for 512mb ram.
  • Jika anda menyertai mana-mana program insider, keluar dahulu.
  • Pasang upgrade Advisor dari gedung Windows, cek update.
  • Jika tiada, pergi ke tetapan dan cek sekali lagi.
  • kemaskini 10586.545 akan muncul

Untuk pengguna yang terkandas pada kemaskini binaan 10586.545

  • Nyah pasang Extras&Info
  • Muat turun Interop tools 1.7 , Dependencies dan DHTUpgradeAdvisor , pasang terus melalui File Explorer atau Appx Deployer.
  • buka interop tools hidupkan “NDTKSvc” dan “new engine capability unlock”.
  • Jika gagal hidupkan, sila baca dan ikuti arahan pada aplikasi tersebut.
  • Buka DHTU, tekan backup, pilih sim dan allow update for 512mb ram. (cek about phone , peranti anda akan berubah menjadi lumia 636)
  • Pasang upgrade advisor dari gedung Windows. cek update.
  • Jika tiada, pergi ke tetapan dan cek sekali lagi.
  • kemaskini 10.0.14393.67 akan muncul.

 

Pudge Network

Hey kawan ! Jika anda mempunyai sebarang artikel atau idea menarik, sila emelkan kepada kami di alamat tips@pudgenetwork.com. Jika ingin menghantar artikel sila setakan mana-mana akaun sosial anda untuk kami kreditkan pada artikel. Jika tiada, emel pun boleh juga. Terima Kasih. ----13/07/2016--9:04PM---

You may also like...

Leave a Reply