Microsoft dijangka melepaskan Kemaskini Redstone 2 untuk Insider

r

 

Microsoft telah melepaskan (release) kemaskini besar sistem operasi Windows 10 yang digelar sebagai Anniversary Update ataupun nama kod nya ialah Redstone 1, jika dilihat daripada kemaskini sebelum ini yang dinamakan sebagai Threshold, terdapat 2 siri kemaskini iaitu Threshold 1 dan Threshold 2 yang mempunyai penambahan besar kepada system operasi Windows 10, begitu jugalah dengan kemaskini kali ini juga mempunyai siri iaitu Redstone 1 dan Redstone 2.

Selepas Redstone 1, Microsoft baru-baru ini telah memulakan pembinaan kemaskini Windows 10 Redstone 2 yang pastinya mempunyai penambah baikan terhadap Redstone 1. Pada ketika ini juga bahagian pengujian dalaman Microsoft telahpun menguji binaan Redstone 2 ini dan dijangka akan dilepaskan kepada Insider kelak.

Dijangka kemaskini Redstone 2 binaan awal ini tidaklah mempunyai perubahan besar kepada system operasi, berkemungkinan kita akan melihat perubahan pada binaan-binaan lain akan datang. Microsoft juga menyatakan bahawa kemaskini Redstone 2 ini akan menumpukan kepada peranti mobile. Seperti biasa, kemaskini Redstone 2 ini akan menemui Insider terlebih dahulu sepertimana kemaskini sebelum ini dan dijangka akan menemui pengguna yang bukan insider pada tahun 2017.

Adakah anda pengguna Windows 10 insider atau pengguna Windows 10 versi RTM?, kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah ­čÖé

Pak Lee

Analysis Requires Calm - Uciha Itachi

You may also like...

Leave a Reply