Microsoft mengambil alih Perkhidmatan Live Streaming Interaktif Beam

 

 

Pada 11 Ogos 2016 lalu, kumpulan XBOX telah membuat pengumuman bahawa Microsoft telah membuat perjanjian untuk memiliki Beam. Beam ialah perkhidmatan live streaming interaktif yang membolehkan pengguna untuk menonton dan bermain bersama-sama dengan penggemar lain secara masa sebenar(real time).

Berpusat di Seattle, Beam telah melakukan evolusi sejak  dari permainan berunsurkan streaming ini masih pasif, tonton dan berbual secara real time dan pelbagai fungsi lain lagi. Dengan membawakan teknologi perkhidmatan Beam ini ke XBOX dilihat akan menambahkan lagi pengalaman keseronokan kepada pengguna XBOX.

 

“Menggunakan Minecraft sebagai contoh, anda bukan sahaja dapat menonton permainan daripada penstrim kegemaran anda, sebaliknya anda boleh bermain bersama-sama mereka. Anda boleh menambah cabaran-cabaran tertentu dan membuat pilihan secara realtime yang akan memberi kesan kepada permainan, daripada pemilihan peralatan tertentu hinggalah kepada quest dan pergerakan di dalam permainan, semuanya melalui kawalan visual yang ringkas.  Begitu juga dengan permainan “Sea of Thieves” yang mana permainan ini berkisar tentang pengembaraan di dalam perkongsian dunia, anda boleh menonton drama yang yang dimainkan diantara kru yang berlainan daripada pelbagai perspektif pemain.”

 

Maklumat lanjut berkaitan pengambil alihan ini anda boleh berkunjung ke blog Windows. 🙂

Pak Lee

Analysis Requires Calm - Uciha Itachi

You may also like...

Leave a Reply